Matematik Itu Mudah!
RSS

Followers


Wednesday 12 December 2012

Pengajaran Makro 1

http://www.youtube.com/watch?v=Mc8H847qTzc http://www.youtube.com/watch?v=UPJuuQHz0kI

Contoh Rancangan Harian Matematik Tahun 2(Jisim))

ynita780@gmail.com

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran  :Matematik
Tarikh/ Hari                   :  06.11. 2012 ( Selasa )
Masa                             :  8.00pagi – 8.30 pagi          
Kelas                            :  2 Arif
BilanganMurid              :  21 orang
Kehadiran                    :  19/21 orang
Tajuk                             :  Jisim
            Sub Tajuk                    :  11.2 Menimbang dalam unit gram dan kilogram
            Masa                : 30 minit
           Standard Kandungan  :
           Menimbangdanmerekodkanobjek yang jisimnyadalam
                 a) Gram                      b)         kilogram
          ObjektifPembelajaran  :
          Di akhir pelajaran diharapkan murid berkebolehan  :
          Domain Kognitif :
1.                    1.   Melengkapkan jadual bagi jisim yang betul.
2.                   2.   Memadankan barang-barang dengan jisim yang betul.
          Domain Afektif  :
1.                 1.    Menyatakan  rasa bersyukur diberikan anggota untuk merasa dan memegang barang yang     disediakan menggunakan anggota badan yang sempurna.
2.                2.  Menjalinkan semangat kerjasama semasa menjalankan aktiviti kumpulan
        Domain Psikomotor  :
1.                1 Menulis jisim dengan tepat
2.                2  Mengerakkan anggota/pancaindera badan memerhatikan bungkusan barang.
      PengisianKurikulum  :
i.                i. Nilai Murni  : Kesyukuran dan kerjasama
ii.              ii. Ilmu            :   Pendidikan Moral dan Dunia Sains.
iii.             iii.   EMK           :   TMK Kreativiti dan Inovatif.
      BBM                :kad gambar, kad perkataan,beras,gula,kacang,keropok,agar- 
                                agar,tepung,kad jadual,alat penimbang dalam
                                gram dan kilogram , lembaran kerja



Langkah/
Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID


Fasa Persediaan
( 5 minit)

Mencari jisim pada barang yang disediakan

- Guru mencari maklumat yang terdapat pada bungkusan barang-barang

- Guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini, iaitu jisim

- Guru menerangkan bahawa setiap barangan ada berat,label dan bungkusan tertentu tertentu yang bertujuan untuk membezakan jenis barangan.


- Guru menggabungjalin dengan nilai murni dan penyerapan mata pelajaran Sains tetntang rasa gula(manis),masin(keropok)

- Murid mencari maklumat dengan bimbingan guru.

- Murid cuba memahami makna jisim.

-Murid menyatakan jisim adalah berat sesuatu barangan iaitu gram dan kilogram
·         Gram untuk barangan yang kecil/ringan



·         Kilogram untuk barangan yan berat/besar

-Murid menyebut rasa bagi barang yang disediakan:manis,pedas,ranggup


KBT :
Mengenalpasti

BBM : bungkusan agar-agar,bungkusan tepung,
Bungkusan keropok,bungkusan serbuk kari ,kad perkataan.

EMK : Kreatif & inovatif
Nilai : Bersyukur


Fasa Imaginasi
( 5 minit)

Mengenal/
mengelaskan barangan yang mengandungi jisim

-Guru membahagikan kelas kepada 5 kumpulan(satu kumpulan ada 4 atau 5 orang).

- Guru membekalkan setiap kumpulan dengan kad gambar dan borang jadual penyenaraian barang yang
mengandungi jisim gram atau kilogram.

- Murid berbincang dalam kumpulan untuk memilih barangan yang terdapat jisim dalam gram atau kilogram oleh guru.

- Setiap kumpulan yang bersaing untuk segera menyiapkan tugasan.

BBM : Kad perkataan,kad bergambar,borang senarai barangan gram /kilogram


KBT :
Mengenal pasti.

Nilai :
Kerjasama dan tolak ansur.


Fasa Perkembangan
(10 minit)

Menimbang barang yang dibungkus(secara berkumpulan)

-Guru menerangkan bahawa murid perlu bergerak secara berkumpulan ke stesen yang disediakan:
·         Stesen A
·         Stesen B
·         Stesen C
·         Stesen D

- Guru membimbing murid menimbang barang yang disediakan


-Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

-Murid menjalankan aktiviti menimbang barang-barang mengikut giliran(satu stesen murid diberi masa 1 minit)

-Murid dikehendaki menimbang barangan dan melengkapkan jadual yang dibekalkan.



BBM : alat penimbang dalam gram dan kilogram,borang jadual,bungkusan tepung,bungkusan beras,bungkusan kacang , bungkusan gula dan kad perkataan








FasaTindakan
( 10  minit )











Menjawab soalan lembaran kerja(secara individu)


- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid.


- Guru menerangkan cara menjawab soalan.

- Murid mendengar penerangan guru.



-Murid menjawab soalan secara individu.

-Murid membentang/menyatakan jawapan yang dijawab.


KBT :
Membuat keputusan.



BBM :
Lembaran kerja


Saturday 24 November 2012

https://docs.google.com/open?id=0B8oZkVjVB-nUNE9qREh3angzYTA

http://www.mixpod.com/create-playlist.php#

https://docs.google.com/open?id=0B8oZkVjVB-nUWUVaQ0hJS1JpQk0

Wednesday 14 November 2012

REFLEKSI

Definsi Menurut Kamus Dewan ( 2010 :1302 ) refleksi bermaksud bayangan ,gambaran(dalam cermin,fikiran dll).Manakala Hanifah(2000),refleksi bermaksud proses merenung,menganalisis masalah,mencari alas an,cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri.Bagi Brookfield(1995);refkleksi pula menjelaskan proses melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku dan bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut(dalam Nor Haniza,2005,ms.13). Menurut Dewey(1933),refleksi merupakan proses berfikir secara aktif,berterusan,dan teliti,bertujuan menyelesaikan isu atau masalah dengan mengambil kira kepercayaan,pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Menurut Jay dan Johnson (2002),refleksi boleh berlaku secara sendirian atau kolaboratif seperti guru berbincang dengan rakan sejawat yang lain bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagaimana menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dan melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang. Tujuan Membuat Refleksi • Mengenal pasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan • Mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan • Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesinalisme Enam(6) Komponen Membuat Refleksi • Mengenal pasti isu atau masalah yang disignifikan • Mengenal pasti sumber masalah • Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira atau mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi • Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan • Menyatakan pengajaran yang boleh diperoleh atau kesedaran baru yang timbul • Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan Proses Membuat Refleksi Menurut Schoon (1987),refleksi boleh berlaku melalui dua(2) cara iaitu: • Reflection –in-action Membuat refleksi serentak dengan tindakan(contohnya ,semasa pengajaran guru mendapati murid tidak memberi perhatian sewajarnya kepada penerangan guru.Pada masa itu guru memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar kaedah pengajaran kepada aktiviti berkumpulan supaya murid lebih tertatik kepada pelajaran yang sedang diajar) • Reflection –on-action Melihat kembali tindakan selepas ia dilaksanakan(contohnya,selepas pengajaran yang kucar-kacir disebabkan kelakuan murid yang tidak terkawal,guru balik ke bilik dan mengambil masa untuk memikirkan masalah yang timbul semasa kelas,dan memikirkan punca serta merancang tindakan untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran akan datang)

Wednesday 31 October 2012

Pecahan Tahun 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...