Wednesday, 12 December 2012
Contoh Rancangan Harian Matematik Tahun 2(Jisim))
ynita780@gmail.com
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran :Matematik
Tarikh/ Hari :
06.11. 2012 ( Selasa )
Masa :
8.00pagi – 8.30 pagi
Kelas : 2
Arif
BilanganMurid : 21
orang
Kehadiran : 19/21
orang
Tajuk :
Jisim
Sub Tajuk : 11.2 Menimbang
dalam unit gram dan kilogram
Masa : 30 minit
Standard Kandungan :
Menimbangdanmerekodkanobjek yang
jisimnyadalam
a) Gram b) kilogram
ObjektifPembelajaran :
Di akhir pelajaran diharapkan murid berkebolehan :
Domain Kognitif :
1. 1.
Melengkapkan jadual bagi jisim yang betul.
2. 2.
Memadankan barang-barang dengan jisim yang betul.
Domain Afektif :
1. 1.
Menyatakan
rasa bersyukur diberikan anggota untuk merasa dan memegang barang yang
disediakan menggunakan anggota badan yang sempurna.
2. 2.
Menjalinkan semangat kerjasama semasa menjalankan
aktiviti kumpulan
Domain
Psikomotor :
1. 1
Menulis jisim dengan tepat
2. 2
Mengerakkan anggota/pancaindera badan memerhatikan
bungkusan barang.
PengisianKurikulum :
i. i.
Nilai Murni :
Kesyukuran dan kerjasama
ii. ii.
Ilmu :
Pendidikan Moral dan Dunia Sains.
iii. iii.
EMK :
TMK Kreativiti dan Inovatif.
BBM :kad gambar, kad
perkataan,beras,gula,kacang,keropok,agar-
agar,tepung,kad
jadual,alat penimbang dalam
gram dan
kilogram , lembaran kerja
Langkah/
Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
AKTIVITI GURU
|
AKTIVITI MURID
|
|||
Fasa Persediaan
( 5 minit)
|
Mencari jisim pada barang yang disediakan
|
- Guru mencari maklumat yang terdapat pada
bungkusan barang-barang
- Guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini, iaitu
jisim
- Guru menerangkan bahawa setiap barangan ada berat,label dan bungkusan
tertentu tertentu yang bertujuan untuk membezakan jenis barangan.
- Guru menggabungjalin
dengan nilai murni dan penyerapan mata pelajaran Sains tetntang rasa
gula(manis),masin(keropok)
|
- Murid mencari maklumat dengan bimbingan guru.
- Murid cuba memahami makna jisim.
-Murid
menyatakan jisim adalah berat sesuatu barangan iaitu gram dan kilogram
·
Gram untuk barangan
yang kecil/ringan
·
Kilogram untuk barangan
yan berat/besar
-Murid
menyebut rasa bagi barang yang disediakan:manis,pedas,ranggup
|
KBT :
Mengenalpasti
BBM : bungkusan agar-agar,bungkusan tepung,
Bungkusan
keropok,bungkusan serbuk kari ,kad perkataan.
EMK : Kreatif & inovatif
Nilai : Bersyukur
|
Fasa Imaginasi
( 5 minit)
|
Mengenal/
mengelaskan barangan yang mengandungi jisim
|
-Guru membahagikan kelas kepada 5 kumpulan(satu
kumpulan ada 4 atau 5 orang).
- Guru membekalkan setiap kumpulan dengan kad
gambar dan borang jadual penyenaraian barang yang
mengandungi jisim gram atau kilogram.
|
-
Murid berbincang dalam kumpulan untuk memilih barangan yang terdapat jisim
dalam gram atau kilogram oleh guru.
-
Setiap kumpulan yang bersaing untuk segera menyiapkan tugasan.
|
BBM : Kad perkataan,kad bergambar,borang senarai
barangan gram /kilogram
KBT :
Mengenal pasti.
Nilai :
Kerjasama dan tolak ansur.
|
Fasa Perkembangan
(10 minit)
|
Menimbang barang yang dibungkus(secara
berkumpulan)
|
-Guru menerangkan bahawa murid perlu bergerak
secara berkumpulan ke stesen yang disediakan:
·
Stesen A
·
Stesen B
·
Stesen C
·
Stesen D
- Guru membimbing murid menimbang barang yang
disediakan
|
-Murid
dibahagikan kepada 5 kumpulan.
-Murid
menjalankan aktiviti menimbang barang-barang mengikut giliran(satu stesen
murid diberi masa 1 minit)
-Murid
dikehendaki menimbang barangan dan melengkapkan jadual yang dibekalkan.
|
BBM : alat penimbang dalam gram dan
kilogram,borang jadual,bungkusan tepung,bungkusan beras,bungkusan kacang ,
bungkusan gula dan kad perkataan
|
FasaTindakan
( 10 minit )
|
Menjawab soalan lembaran kerja(secara individu)
|
- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua
murid.
- Guru menerangkan cara menjawab soalan.
|
- Murid mendengar penerangan guru.
-Murid menjawab soalan secara individu.
-Murid membentang/menyatakan jawapan yang dijawab.
|
KBT :
Membuat keputusan.
BBM :
Lembaran kerja
|
Saturday, 24 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
REFLEKSI
Definsi
Menurut Kamus Dewan ( 2010 :1302 ) refleksi bermaksud bayangan ,gambaran(dalam cermin,fikiran dll).Manakala Hanifah(2000),refleksi bermaksud proses merenung,menganalisis masalah,mencari alas an,cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri.Bagi Brookfield(1995);refkleksi pula menjelaskan proses melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku dan bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut(dalam Nor Haniza,2005,ms.13).
Menurut Dewey(1933),refleksi merupakan proses berfikir secara aktif,berterusan,dan teliti,bertujuan menyelesaikan isu atau masalah dengan mengambil kira kepercayaan,pengetahuan dan dasar yang menyokongnya.
Menurut Jay dan Johnson (2002),refleksi boleh berlaku secara sendirian atau kolaboratif seperti guru berbincang dengan rakan sejawat yang lain bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagaimana menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dan melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang.
Tujuan Membuat Refleksi
• Mengenal pasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
• Mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan
• Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesinalisme
Enam(6) Komponen Membuat Refleksi
• Mengenal pasti isu atau masalah yang disignifikan
• Mengenal pasti sumber masalah
• Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira atau mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi
• Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
• Menyatakan pengajaran yang boleh diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
• Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan
Proses Membuat Refleksi
Menurut Schoon (1987),refleksi boleh berlaku melalui dua(2) cara iaitu:
• Reflection –in-action
Membuat refleksi serentak dengan tindakan(contohnya ,semasa pengajaran guru mendapati murid tidak memberi perhatian sewajarnya kepada penerangan guru.Pada masa itu guru memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar kaedah pengajaran kepada aktiviti berkumpulan supaya murid lebih tertatik kepada pelajaran yang sedang diajar)
• Reflection –on-action
Melihat kembali tindakan selepas ia dilaksanakan(contohnya,selepas pengajaran yang kucar-kacir disebabkan kelakuan murid yang tidak terkawal,guru balik ke bilik dan mengambil masa untuk memikirkan masalah yang timbul semasa kelas,dan memikirkan punca serta merancang tindakan untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran akan datang)