Wednesday, 31 October 2012
Tuesday, 30 October 2012
Monday, 22 October 2012
Tuesday, 16 October 2012
Monday, 15 October 2012
Matematik dalam pendidikan
Kurikulum Matematik membekalkan
pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua
pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep
dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi
sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara
logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan
nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah (
KPM,1990; Nik Azis, 992 ). Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu
pengalaman yang mengandungi:
- kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa;
- kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari;
- kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;
- kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.
Sehubungan dengan itu beberapa
aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran
Matematik. Aspek-aspek itu adalah:
- keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran;
- penggunaan matematik dalam situasi sebenar;
- kemahiran penyelesaian masalah;
- penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan
- pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian.
Labels:
Pengenalan