Matematik Itu Mudah!
RSS

Followers


Saturday, 24 November 2012

https://docs.google.com/open?id=0B8oZkVjVB-nUNE9qREh3angzYTA

http://www.mixpod.com/create-playlist.php#

https://docs.google.com/open?id=0B8oZkVjVB-nUWUVaQ0hJS1JpQk0

Wednesday, 14 November 2012

REFLEKSI

Definsi Menurut Kamus Dewan ( 2010 :1302 ) refleksi bermaksud bayangan ,gambaran(dalam cermin,fikiran dll).Manakala Hanifah(2000),refleksi bermaksud proses merenung,menganalisis masalah,mencari alas an,cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri.Bagi Brookfield(1995);refkleksi pula menjelaskan proses melibatkan seseorang itu aktif mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku dan bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut(dalam Nor Haniza,2005,ms.13). Menurut Dewey(1933),refleksi merupakan proses berfikir secara aktif,berterusan,dan teliti,bertujuan menyelesaikan isu atau masalah dengan mengambil kira kepercayaan,pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Menurut Jay dan Johnson (2002),refleksi boleh berlaku secara sendirian atau kolaboratif seperti guru berbincang dengan rakan sejawat yang lain bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagaimana menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dan melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang. Tujuan Membuat Refleksi • Mengenal pasti isu atau masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan • Mengenal pasti kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan • Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesinalisme Enam(6) Komponen Membuat Refleksi • Mengenal pasti isu atau masalah yang disignifikan • Mengenal pasti sumber masalah • Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira atau mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi • Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan • Menyatakan pengajaran yang boleh diperoleh atau kesedaran baru yang timbul • Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan Proses Membuat Refleksi Menurut Schoon (1987),refleksi boleh berlaku melalui dua(2) cara iaitu: • Reflection –in-action Membuat refleksi serentak dengan tindakan(contohnya ,semasa pengajaran guru mendapati murid tidak memberi perhatian sewajarnya kepada penerangan guru.Pada masa itu guru memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar kaedah pengajaran kepada aktiviti berkumpulan supaya murid lebih tertatik kepada pelajaran yang sedang diajar) • Reflection –on-action Melihat kembali tindakan selepas ia dilaksanakan(contohnya,selepas pengajaran yang kucar-kacir disebabkan kelakuan murid yang tidak terkawal,guru balik ke bilik dan mengambil masa untuk memikirkan masalah yang timbul semasa kelas,dan memikirkan punca serta merancang tindakan untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran akan datang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...